Melayu (bangsaku) menipu lagi (dan ada yang masih rela ditipu).
Sebuah IPTA (universiti kerajaan Malaysia - kalau ada yang tak tau), buat kajian selama beberapa tahun menggunakan duit hasil cukai rakyatnya dan akhirnya keluarkan satu kertas kerja dan produk - kit anti-histeria akibat gangguan makhluk halus. Ini masuk dalam akhbar di muka hadapan.
Dungu sangatkan ahli akademik IPTA ini? Pelajarnya dungu, atau pensyarahnya dungu? Dekan dungu tak? Chancellornya dungu jugakah? Atau boleh jadi kementerian pendidikan yang dungu?
Ini bukan bahan kajian. Ini bahan kejian. Lapok, karut, tiada nilai ilmu dan menghina akal yang bijak.
Tahu kenapa diwujudkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seperti sekolah sains, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan kolej-kolej untuk anak muda ini belajar?
Dalam menjadikan diri Melayu sebagai bangsa berkualiti dan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini dari segi pemikiran terutamanya, sekolah-sekolah beraliran otak cair ini diwujudkan untuk mengasingkan pemikiran kolot dan tradisi orang kampung pada ketika itu.
Di kampung, suasana pembelajarannya tidak kondusif, dimomokkan dengan adat-adat dan pantang larang tahyul, Senang cerita, ianya bersikap regresif.
Di sekolah pintar tersebut, gejala-gejala tersebut disisihkan agar anak muda mampu berdikari, berfikir dan membezakan tahyul dan sains. Cerita jin, iblis, syaitan yang kedengaran mengganggu di sekolah-sekolah tersebut adalah saki-baki perangkap minda yang masih terbawa-bawa oleh segelintir warga tersebut, sama ada melalui warga pendidiknya, kakitangan bukan pendidik atau pelajar itu sendiri.
Alangkah bodoh setelah apa yang diusahakan oleh kerajaan selama ini, menghasilkan satu kajian penuh penghinaan sebegini bahkan dijual dengan harga mencecah RM 8 ribu. Ini sama seperti skim Pak Man Te-Lo yang terkenal dalam menipu orang kampung yang rata-ratanya tidak celik ilmu.
Jangan habiskan duit cukai rakyat dengan kajian bodoh!
Polisi pendidikan negara diubah tanpa bertulis apabila ada penemuduga yang gian memasukkan elemen lebai-fication sebelum seseorang pelajar itu lulus dalam kemasukkan ke dalam sesuatu institusi pengajian dan memohon biasiswa.
Kononnya terlampau ramai yang ber-IQ tapi tidak ber-SQ. Ini padahnya bila orang kita sendiri terlampau pandai buat sesuatu yang tiada faedah dan buta dalam memfirasatkan akibatnya.
Golongan penjual agama ini sama seperti kebanyakkan golongan penghibur lain yang masih terencat IQ nya. Apatah lagi EQ & SQ. Mereka ini antara hasil siraman puak-puak lebai-oriented. Disuburkan dengan ceramah-ceramah syurga dan neraka mereka tanpa menguasi ilmu sains dan matematik.
Apabila SQ lebih diutamakan berbanding IQ dan EQ, akibatnya ustaz-ustazah yang hanya menjual air liur ini mula bermaharajalela menjatuhkan hukum sana-sini tanpa membantu sekelumit pun ekonomi negara.
Di negara maju lain, manusia sudah maju membina peradaban. Di Malaysia golongan ini menjadi penyekat peradaban dengan polemik seperti pengharaman mengucapkan ucapan hari raya kaum kafir pada setiap kali menjelang musim perayaan.
Di negara maju lain, manusia sudah maju membina peradaban. Di Malaysia golongan ini menjadi penyekat peradaban dengan polemik seperti pengharaman mengucapkan ucapan hari raya kaum kafir pada setiap kali menjelang musim perayaan.
Elemen spiritual melampau yang tidak bertempat ini akhirnya merasuk ke dalam produk kit anti-histeria ini oleh ahli akademik bodoh.
Untuk ahli akademik yang telah memalukan dunia akademik, ini hujah pertikaian
- Bangsa Melayu sahajakah yang boleh amalkan kaedah dalam kit tersebut? Orang kafir pun ada yang kena histeria. Boleh tok sami dan paderi guna kit tersebut?
- Penyepit makanan yang jadi alat menghalau jin, sejak bila diwartakan berdasarkan syariah? Setahu aku semua benda berlandaskan syariah selagi tidak mengandungi perkara-perkara yang memudaratkan dan bertentangan dengan Islam. Guna garpu pun boleh, guna kacip pun boleh, guna senduk pun boleh. Jadi janganlah jual polemik syariah macamlah kamu ini dikelilingi umat Islam bodoh macam kamu.
- Ayat Quran mana yang berkongsi masin, masam, pedas ini alahan kepada jin dan syaitan? Zaman nabi mana yang ada pakai cili padi masa halau jin?
- Asid Formik nak alirkan di bahagian anggota pesakit. Kalau sakit bermula dari kepala, nak jirus asid tu di kepala? Alasan guna asid formik kerana lebih berkesan berbanding air panas. Cantik betul strategi pemasaran asid formik dia.
- Betapa berani mereka ini menjamin kit ini bebaz metafizik, tahyul dan khurafat yang menyesatkan. Ini dah macam Taliban / ISIS membenarkan pembunuhan orang ramai dan mengaku bebas dari laknat Allah.
Kedudukan IPTA kita di tahap dunia jatuh? Menteri sendiri tak ambil berat langsung maklumat ini, boleh tahulah kemana arah tuju generasi kita akan datang.
Bagi mereka yang ingin mengetahui tentang histeria dan kaedah rawatan yang sewajarnya, boleh rujuk dengan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA). Mereka sedia berkongsi dan mengambil serius tentang penyelewangan maklumat oleh puak di IPTA sesat ini.
Fikir sejenak, apakah Nabi Muhammad itu seorang yang gagal di dunia? Hal ini mereka gagal melihat. Mereka hanya memikirkan kejayaan di akhirat dan hal-hal ghaib tetapi mengenepikan penghormatan dunia dan hal-hal yang sememangnya berlaku di depan mata seperti pembangunan teknologi dan ekonomi.
Kegagalan menjadi Muslim berkualiti dan Melayu berkualiti, menyebabkan penganut agamaku dan bangsaku jadi bahan ketawa mereka diluar sana.
Ini perspektif aku. Perspektif kamu?