Pages

7.10.11

Bajet atau Belanjawan?

Sempena pembentangan Belanjawan / Bajet 2012 yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sebentar nanti, aku akan berkongsi sedikit mengenai asal usul isitlah "Bajet."

Kecoh juga sesama netizen istilah mana yang nak dipilih, Bajet atau Belanjawan.

Istilah bajet jelas diambil, dicedok dari perkataan inggeris - "budget." Kemudiannya disadurkan dgn ejaan melayu menjadi "bajet." Ianya mula digunakan secara rasmi di dewan parlimen pada tahun 2003. Dipopularkan ketika pembentangan Bajet 2004

Menteri kewangan ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) mempopularkan istilah bajet. Alasan beliau menarik untuk dipertimbangkan.

Dr Mahathir dalam pembentangan Bajet 2004 telah meminta izin dewan utk menggantikan perkataan "Belajawan" kepada "Bajet" dan ianya dibenarkan. Hujah beliau, kita perlu mempunyai satu istilah yang sesuai menggambarkan mekanisme pengurusan ekonomi. (lebih kurang begini la idea dia )

Kita bukan bercakap mengenai perbelanjaan semata-mata, bahkan simpanan dan penjanaan wang utk ekonomi negara. Justeru, istilah "Belanjawan" tidak sesuai. Dari situ, Dr Mahathir mencadangkan istilah "Bajet" digunakan sebagai menggambarkan perlaksanaan ekonomi yang lebih berhati-hati dan berdaya saing. 

Dengan itu, perkataan Bajet telah digunakan semenjak dari tahun 2003 hingga 2010 setiap kali pembentangan perancangan ekonomi nasional untuk tahun berikutnya dilakukan.

Bagi tahun 2011, masih tertanya-tanya adakah Datuk Seri Najib akan kekal meneruskan perkataan Bajet atau menukarkannya kepada Belanjawan. Kalau menurut tweet dari Kementerian Kewangan, seolah-olah akan menggunakan istilah Belanjawan. Berita-berita arus perdana juga mula menggunakan istilah Belanjawan 2012.

Bagi aku, apa yang penting adalah soal dasar pengurusan kewangan tersebut. Ini yang perlu diperjuangkan. Bagaimana sesebuah kerajaan menguruskan dana negara. Baik Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, kedua-duanya perlu istiqamah dalam memberi contoh politik yang bersih dan mengutamakan rakyat.

Jangan membuang masa dengan polemik kecil yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Aku juga mengesyorkan andai perlu lagi berlaku adaptasi bahasa dari bahasa asing, berhati-hati. Gunakan istilah dari dunia nusantara. Tak perlu dicedok jauh-jauh dari barat. Jangan sampai menampakkan bahasa kita fakir dan papa. Rujuk golongan pakar bahasa di negara kita.

Bersama-sama menuju ke arah Malaysia yang lebih berdaya saing dan rakyat yang berpendapatan tinggi.

No comments: