Pages

6.4.11

Kerajaan & Pembangkang

Apabila bercakap mengenai "Pilihanraya" ramai pengundi terutamanya yang di atas pagar berada dalam dilema dan ada yang jadi bodoh. Mahu undi "Kerajaan" atau nak undi "Pembangkang"?

Kenapa setiap kali diadakan pilihanraya umum, masih ada terbit isu untuk memikirkan nak undi "Kerajaan" atau "Pembangkang"? Tidak salah untuk berfikir. Tapi yang jadi isu sekarang kita sudah dimomokkan dgn penggunaan istilah yang salah. Jadi perkara yang hendak dilakukan selepas itu, sudah tentu terkait rentetan pemahaman yang salah. Pemikiran pun jadi tidak waras dan rasional.

Sedarkah kita pada masa sama, setiap pilihanraya kita disuruh pilih kerajaan. Aku pun akan menyeru perkara yang sama. Apabila berlaku pilihanraya, pilih kerajaan yang akan memimpin kamu dengan adil dan saksama.

Pilih kerajaan!

Apabila aku cakap pilih kerajaan dalam tempoh pilihanraya, maksudnya pada waktu itu kita tidak ada kerajaan. Sebab itu kita kena pilih. Bukan maksud aku suruh pilih dan undi parti Y yang pernah menjadi kerajaan pada penggal lalu.

Ini masalah rakyat Malaysia sepanjang lebih 50 tahun merdeka.

Kerajaan = Barisan Nasional
Pembangkang = Pakatan Rakyat

Ini SALAH!

Apabila parlimen atau DUN telah dibubarkan, secara automatik sesuatu negara atau negeri itu sudah tidak ada "Kerajaan" dan tidak ada "Pembangkang". Pernahkah kamu tgk ada orang bersidang semasa tempoh pilihanraya? Yang ada cuma kempen pilihanraya.

Tujuan pilihanraya diadakan pun adalah semata-mata untuk memilih parti mana yang akan menerajui Kerajaan dan parti mana yang akan menjadi pembangkang.

Baik PR ataupun BN dalam tempoh parlimen dan DUN dibubarkan sehingga selesai dan muktamad perkiraan undi, kedua-duanya pun bukan "Kerajaan" ataupun "Pembangkang".

Jadi yang nak mengundi tak payah pening-pening kepala nak undi "Kerajaan" atau "Pembangkang" sebab kerusi untuk kedua-dua organisasi tersebut memang kosong.

"Kerajaan" dan "Pembangkang" tak pernah bertanding dalam mana-mana pilihanraya sebab yang bertanding ialah Parti Politik yang masing-masing berebut kuasa pemerintahan.

Sebab itu mana-mana parti yang menggunakan aset kerajaan ketika berkempen adalah satu jenayah penyalahgunaan kuasa kerana jawatan mereka dalam kerajaan telah dikosongkan sebaik berlaku pembubaran parlimen atau DUN.

Yang menang akan menerajui "Kerajaan", yang kalah akan jadi "Pembangkang".

Mengundilah dengan bijak.

No comments: