Pages

25.11.10

Kerajaan & Komunikasi

Dalam post 'Lemahkah Kerajaan Kita', aku ada cakap mengenai pengaruh penyampaian maklumat dalam mempengaruhi kuasa kerajaan. Aku akan ulas dengan lebih mendalam kali ini mengenai kerajaan dan komunikasi.

Rakyat yang mudah menerima segala yang disampaikan kerajaan akan menguatkan kerajaan itu sendiri. Rakyat mahukan maklumat (bagi yang tinggal di kawasan yang celik ilmunya). Maklumat yang berkesan mestilah mempunyai medium penyampaian yang efisyen dan mudah diakses oleh rakyat.

Kerajaan yang pandai berhujah akan membuatkan sesuatu idea itu nampak logik, wajar diteruskan dan diperjuangkan. Idea yang hakikatnya lemah pun, kalau mempunyai kerajaan yang dibarisi menteri kabinet yang bijak dan pandai berhujah mempertahankan idea dan dasar, pasti idea dan dasar itu akan berjaya akhirnya!

Ini secara tak langsung berkait rapat ego. Kerajaan mahupun pembangkang sudah tentu ada egonya tersendiri. Tipulah kalau ada pihak dari ahli politik yang sanggup mengenepikan ego untuk menyokong hujah lawan. Parti politik itu ialah persepsi perjuangan yang membentuk ego.

Biarlah aku menerangkan mengenai kerajaan buat waktu ini. Tak kiralah artikel ini dibaca waktu bila pun, aku mahu ianya relevan. Sama ada lagi 10 tahun kerajaan hari ini masih kekal menjadi kerajaan atau pun pembangkang hari ini sudah menjadi kerajaan, biar mereka dapat merujuk apa aku tulis ini.

Sewaktu Datuk Seri Dr Mahathir (sekarang Tun) hendak melaksanakan pengajian sains dan matematik dalam bahasa inggeris, pembangkang tidak cekap memainkan peranan dalam berhujah mematahkan perlaksanaan ini.

Banyak sebabnya dasar ini hampir berjaya diimplementasikan sepenuhnya jika dilihat sewaktu Dr Mahathir memerintah. Faktor dalamannya kerana barisan kabinet pada waktu itu sangat kuat dan teguh menyokong Dr Mahathir (?Yes Man?) manakala faktor luarannya pula jaguh debat pada ketika itu terkurung di Sungai Buloh.

Dengan mudah dasar ini dilaksanakan walaupun diletakkan dalam tempoh percubaan. Aku generasi pertama digunapakai kerajaan untuk merealisasikan gagasan yang dijamin mampu meningkatkan mutu pendidikan negara dari kacamata kerajaan pimpinan Dr Mahathir ketika itu. Segala kertas soalan berkaitan sains dan matematik dibekalkan dengan soalan dwi-bahasa. Aku yakin ramai yang mengabaikan menjawab dalam bahasa inggeris ketika ini. Maklumlah, produk cubaan Alpha.

Aku di sekolah menyertai pasukan bahas sekolah mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Maka banyaklah terdedah dengan isu politik dan kerajaan. Kebanyakkannya aku terpengaruh dari cikgu aku yang turut menjadi penasihat pasukan bahas sekolah yang kuat totok kerajaannya.

Jangan salah faham dengan cikgu aku ini, beliau tidak pernah berkempen menyuruh kami untuk memberi sokongan kepada kerajaan pada ketika itu. Beliau tidak juga mengutuk-ngutuk parti yang menentang kerajaan dihadapan kami anak murid. Jadi aku tak ambil pusing pun dengan semangat kerajaan dalam dirinya. Cikgu aku hanya menjalankan tugas yang diamanahkan dari kementerian. Bukan dari parti politik.

Ilmu yang aku dapati waktu itu mengenalkan aku untuk mempertahankan dasar kerajaan yang pada ketika itu tegar untuk melaksanakan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris.

Bersambung...

No comments: