Pages

26.11.10

Kerajaan & Komunikasi (2)

Antara hujah yang buatkan aku tertarik ialah,

"Bahasa Melayu sudah dimartabatkan, kini Bangsa Melayu pula akan dimartabatkan."

Apa maksudnya? Demi mengiyakan idea kerajaan ini, bahasa Melayu pada ketika ini sudah dijamin kehebatannya dan keteguhannya dalam diri setiap anak Malaysia sekurang-kurangnya. Bahasa yang tersemat kemas ini diyakini akan menjadi benteng untuk pengekalan identiti bangsa walau apa pun serangan budaya kuning terutama dari peledak negara barat.

Jadi untuk menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia ini sudah bersedia untuk muncul di tengah-tengah dunia ialah dengan memperkasakan pula sains dan matematik dengan bahasa pengantara inggeris.

Biasanya di Malaysia pada waktu itu, mereka yang pandai berbahasa inggeris akan dihormati kerana penguasaannya walaupun petah tatabahasa berterabur. Kini terpulang bagaimana kamu hendak berbahasa inggeris dan di mana kamu hendak tuturkannya. Tak kena gaya, bukan kamu dihormati, silap-silap diherdik dan dilabel 'poyo'.

Hujah yang semudah itu misalnya sedikit sebanyak membantu perlaksanaan dasar tersebut. Banyak lagi hujah yang dikemukan nampak hebat dan logik seperti mengaitkan dengan kesinambungan pembelajaran di universiti yang menggunakan medium pembelajaran dalam bahasa inggeris.

Selepas itu isu seperti Jepun, Rusia dan Jerman yang maju dengan menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri dikomersialkan secara besar-besaran oleh mereka yang memprotes. Hujah ini saling berlawan-lawanan dengan hujah kerajaan. Menarik dari sudut aku sebagai seorang wakil debat.

Kemudian isu ini menjadi sensitif apabila dikaitkan dengan isu perlembagaan dan Piagam Pendidikan negara. Lihat bagaimana pula kerajaan membela isu ini. Namun malangnya tampuk pemerintahan Dr Mahathir sudah hampir tiba ke penghujungnya. Kerajaan tidak lagi terdiri dari mereka yang cekap berhujah mempertahankan dasar. Idea yang nampak utuh itu perlahan-lahan mereput.

Campur tangan segelintir besar sasterawan negara seperti Shahnon Ahmad dan A. Samad Said sendiri, berjaya membatalkan idea yang dipelopori Dr Mahathir. Satu perarakan raksasa dilgerakkan di ibu kota. Akhirnya, kerajaan akur dan dasar ini dimansuhkan. Berjuta-juta ringgit pelaburan lebur begitu sahaja.

Lihat kesan kerajaan yang mempunyai kekuatan berhujah yang mapan dan logik. Idea-idea ini mudah dilaksanakan hingga mampu mempengaruhi kebanyakkan rakyat. Lemahnya kerajaan yang dangkal dalam kemukakan hujah. Kerugian jelas berlaku pada ekonomi dan yang paling teruk sudah tentulah kepada anak-anak yang tidak semena-mena menjadi tikus makmal oleh kerajaan

Kerajaan jadi lemah. Lemah kerana kegagalan komunikasi dan penyampaian maklumat.

Aku pernah praktikal di satu syarikat multinasional yang menyediakan kertas kajian kepada pelanggan seluruh dunia memahami kepentingan betapa kritikalnya sistem komunikasi. Pada waktu itu, aku berkerja di bahagian Sistem kawalan angkasa, penerbangan dan ketenteraan di arahkan membuat satu kertas kajian mengenai strategi komunikasi peperangan dan taktik komunikasi peperangan. Jadi bagi aku, memang aku dapati komunikasi ialah penentu kejayaan sesuatu perang itu.

Kerajaan bukan sekadar berperang dengan pembangkang, kerajaan juga berperang dengan rakyat yang ragu-ragu dan mahukan penjelasan setiap dasar yang diluluskan.

Kerajaan perlu sedar dengan jujur dan ikhlas bahawa rakyat hakim negara.

No comments: